Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com




--------------
Template in courtesy of
psychokid.

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com

Saturday, November 05, 2005

Assalamualaikum w.b.r.

SALAM LEBARAN

Selamat Hari Raya Eidul Fitri diucapkan kepada semua umat Islam, khususnya kepada keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan saya semua. Di sini, saya ingin mengishtiharkan bahawa anak bulan kelihatan pada Rabu, 3hb Nov 2005 besamaan 29hb Ramadan 1426H, selama 11 minit. Sesungguhnya, kita akan semua menyambut raya pada Khamis, 4hb Nov 2005 dengan rumah yg baharu dicat, langsir yg baru, kiuh-muih yang berbotol-botol, bau masakan rendang, ketupat, lontong, bajau raya berwarna-warni dan tak ingat lupa kepada budak-budak yg shiok sendiri dan bising sekali apabila bermain mercun dan bunga api macam hari raya itu satu hariiii jek, walhal Syawal itu sebulan. Oi, dah cukup lah tu. Penat telinga org dengar tau.

Sebenarnya, saya ingin memohon maaf dahulu, tapi tengoklah dah terlanjur. Saya ingin mohon ampun dan maaf kepada semua yg telah menjadi sasaran saya, secara langsung atau tak langsung. Sasaran-sasaran yg telah disebut termasuklah mengumpat, berbohong, menyiggungkan hati, menecilkan hati, bersikap ganas, ber-stuck up, tembak sarcasm, meng-humiliatkan, berpandang rendah, bermaki hamun dan semua doasa-dosa yg seumpamanya. Kalau saya ada tersilap bahasa - yg sering sekali berlaku - kepada anda-anda sekalian di luar sana, harap maafkan saya dalam lebaran ini. Pendek kata, mohon maaf zahir dan batin dari saya, Khairul Anwar dari anda sekalian.

Dalam keriangan menyambut kemenangan setelah Ramadan, hatiku ada juga rasa pilu, kerana tahun ini, pertama kali aku beraya tanpa nenekku tersayang. Semoga Allah mencucuri roh nenekku dengan rahmat-Nya.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wassalam.


Mr. Lim
i miss you @
2:26 PM ____.

--------


Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com